Minggu, 20 Januari 2013

SEJARAH JAWA TENGAH


Sejarah

Sebagai sebuah provinsi, Jawa Tengah telah wujud sejak zaman Syarikat Hindia Timur Belanda lagi. Sehingga tahun 1905, Jawa Tengah terdiri daripada lima wilayah (gewesten), iaitu Banyumas, Karanganyar, Pekalongan, Rembang, dan Semarang, serta Surakarta sebagai daerah swapraja (vorstenland) Kasunanan dan Mangkunegaran. Setiap gewest terdiri daripada kabupaten-kabupaten masing-masing. Pada masa ini, Rembang Gewest juga meliputi Regentschap Tuban dan Bojonegoro.
Setelah Decentralisatie Besluit, sebuah rancangan pengagihan kuasa pusat, dilaksanakan pada tahun 1905, gewesten diberi hak autonomi dan Dewan Daerah dibentuk. Selain itu, juga dibentuk gementee (kotapraja) yang autonomi, iaitu Magelang, Pekalongan, Salatiga, Semarang, dan Tegal.
Sejak tahun 1930, provinsi Jawa Tengah telah ditetapkan sebagai sebuah kawasan autonomi yang memiliki Dewan Provinsi (Provinciale Raad) sendiri. Provinsi Jawa Tengah terdiri daripada lima keresidenan (residentie), iaiatu Banyumas, Jepara-Rembang, Kedu, Pekalongan, dan Semarang. Kelima-lima keresidenan ini meliputi pula beberapa kabupaten (regentschap), dan dibahagikan lagi kepada beberapa daerah (kawedanan).
Selepas kemerdekaan pada tahun 1946, Kerajaan Indonesia telah membentuk keresidenan Kasunan dan Mangkunegaran. Kemudian pada tahun 1950, melalui sebuah undang-undang, Jawa Tengah ditetapkan sebagai terdiri daripada 29 kabupaten dan 6 kotamadya. Penetapan undang-undang tersebut pada 15 Ogos 1950 kini diperingati sebagai Hari Jadi Provinsi Jawa Tengah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar